fbpx

Bomba Kelantan perlu tambahan lori, helikopter hadapi musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal (tengah) melihat penggunaan alat pemotong hidraulik semasa melawat gerai pameran sempena Kempen Keselamatan Kebakaran, Majlis Keselamatan Di Air dan Combat JBPM Kelantan di Pantai Sri Tujoh, Tumpat hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL/ KOSMO!

TUMPAT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan memerlukan tambahan aset lori dan helikopter sebagai persiapan untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) tidak lama lagi.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, pihaknya memerlukan tambahan aset itu terutamanya helikopter memandangkan pengangkutan sedia ada berada di JBPM Terengganu di Wakaf Tapai.

Menurutnya, justeru, pihaknya memerlukan sebuah helikopter di Kelantan untuk tugasan menyelamat mangsa banjir di daerah yang sentiasa terjejas teruk seperti di Gua Musang dan Rantau Panjang.

Mengulas lanjut, Zainal memberitahu, kesemua logistik itu diselenggara dengan baik dan lori yang rosak dibaiki kerana fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 24 September ini.

Menurutnya, cuti seramai 1,300 anggota bomba turut dibekukan bermula awal Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI