fbpx

Bayar RM300 dijanji untung RM10,000, akhirnya rugi RM134,165

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUANTAN – Terperdaya dengan pulangan lumayan sebanyak RM10,000 bagi setiap pelaburan RM300 dalam masa enam jam membuatkan seorang pesara berputih mata apabila kerugian RM134,165 gara-gara skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 15 Ogos lalu selepas mangsa yang merupakan lelaki berumur 65 tahun berminat menyertai satu skim pelaburan saham MTDC melalui laman Facebook.

“Suspek telah menjanjikan setiap pelaburan berjumlah RM300 akan diberikan pulangan sebanyak RM10,000 dalam masa enam jam.

“Dalam tempoh 10 September hingga 19 September lalu mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM134,165 dengan 20 kali transaksi ke lapan akaun bank berbeza,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, berdasarkan siasatan mendapati sumber kewangan mangsa adalah wang simpanan mangsa.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI