KANGAR – Keadaan banjir di negeri ini pulih sepenuhnya apabila kesemua empat pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.
Menurut jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana negeri, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di Kangar dan PPS SK Kubang Gajah dibenarkan ditutup pukul 8 pagi tadi.
“Sebuah lagi PPS di SK Dato’ Ahmad Musa yang menempatkan mangsa di sekitar kawasan Sungai Padang pula dibenarkan ditutup sekitar pukul 10 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE