fbpx

Banjir Kedah: PM minta beri kelonggaran sekolah jadi PPS jalani PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra dengan sebahagian mangsa banjir ketika melawat PPS SMKA Kedah di Alor Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran kepada sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Beliau bagaimanapun berharap pelajar tingkatan lima yang akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar meneruskan persekolahan seperti biasa.

“Saya nak tekankan bahawa bukan cuti tetapi belajar dari rumah. Kalau tidak dapat masuk, guru-guru tetapkan kerja rumah yang perlu disiapkan sebelum buka sekolah,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, di sini hari ini.

Pelajar di negeri ini yang ketika ini sedang bercuti pertengahan penggal akan menyambung sesi persekolahan pada esok.

Sebanyak 37 sekolah termasuk maahad tahfiz dijadikan PPS untuk menempatkan sebahagian besar daripada 7,738 mangsa di Kedah sehingga pukul 2.15 petang ini.

Sementara itu, Anwar berkata, KPM akan menyalurkan peruntukan kepada sekolah yang terjejas akibat banjir.

“Sekolah sama ada di bawah KPM atau tidak, termasuk di bawah kerajaan negeri saya sudah bincang dengan Menteri Pendidikan supaya kita salurkan peruntukan supaya sedikit sebanyak dapat tampung kerosakan dialami,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI