fbpx

Banjir Kedah: Pelajar terjejas boleh berpakaian biasa ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyantuni kanak-kanak yang terkesan dengan bencana banjir di Kedah hari ini. Foto oleh JAMLIAH ABDULLAH/ KOSMO!

ALOR SETAR – Sesi persekolahan negeri ini berlangsung seperti biasa esok, namun sekolah yang terjejas banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Jabatan Pendidikan Negeri, Mahadhir Ismail berkata, sekolah yang terjejas banjir boleh memohon untuk melaksanakan PdPR melalui PPD masing-masing.

“Kebanyakan sekolah yang terjejas sama ada yang ditenggelami air atau menjadi PPS sudah memohon PdPR dan kita meluluskan permohonan tersebut.

“Bagi pelajar yang menjadi mangsa banjir pula, mereka boleh berpakaian biasa yang bersesuaian untuk ke sekolah jika sekolah mereka tidak memohon untuk PdPR,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mahadhir menambah, sebanyak 37 sekolah di seluruh negeri ini dijadikan PPS bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat banjir setakat hari ini sejak 16 September lepas.

“Dalam pada itu sebanyak lapan sekolah ditenggelami banjir, namun dua sekolah pulih iaitu SK Dato Wan Kemara di Changlun dan SK Kepala Batas di sini. Setakat malam tadi, seramai 1,251 pelajar dan 30 guru terjejas akibat banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI