fbpx

Banjir Kedah: Mangsa banjir kini 8,509 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kota Setar menjadi daerah paling teruk terjejas banjir di Kedah. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Seramai 8,509 mangsa banjir daripada 2,727 keluarga berada di 44 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di lima daerah di negeri ini sehingga pukul 11 malam ini.

Jumlah itu meningkat berbanding seramai 7,737 mangsa daripada 2,439 keluarga pada pagi tadi.

Lima daerah yang masih terjejas adalah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Bandar Baharu.

Kota Setar masih menjadi daerah paling teruk terjejas melibatkan seramai 4,713 mangsa daripada 1,553 keluarga yang dipindahkan ke 18 PPS.

Ia diikuti Pendang melibatkan 1,485 mangsa daripada 450 keluarga di 10 PPS dan Kubang Pasu 1,381 mangsa daripada 444 keluarga di 10 PPS.

Seterusnya Pokok Sena seramai 783 mangsa daripada 246 keluarga di lima PPS dan Bandar Baharu seramai 147 mangsa daripada 34 keluarga di satu PPS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI