fbpx

16 buah sekolah terima bantuan Yayasan Bank Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan bersama Young Syefura bergambar bersama pelajar-pelajar penerima Bantuan Persekolahan YBR di Kota Damansara.

PETALING JAYA – Objektif utama peruntukan itu adalah untuk membantu pihak sekolah bagi memantapkan tahap pencapaian pelajar melalui perlaksanaan program pendidikan serta bantuan tunai kepada pelajar dalam kalangan asnaf dan keluarga B40.

Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Young Syefura Othman, pemberian bantuan itu dapat membantu ibu bapa dan pihak sekolah menyemai semangat kepada anak-anak sepanjang sesi persekolahan.

“Selain itu, ia juga dapat memudahkan pihak sekolah mengendalikan program-program yang dapat memberi input tambahan terhadap prestasi pembelajaran pelajar.

“Bantuan Tuisyen Rakyat yang disalurkan kepada pihak sekolah ini dapat membantu sekolah mengadakan kelas tambahan secara percuma khususnya kepada seluruh pelajar tingkatan 5” katanya dalam satu kenyataan.

Penyerahan insentif pendidikan itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk Sri Ramanan Ramakrishnan di Dewan MBPJ Seksyen 7 Kota Damansara.

Turut hadir dalam sesi penyampaian ini adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Young Syefura Othman; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Ketua Pentadbiran Korporat YBR, Encik Khairul Na’im Arifin.

Sebanyak 5 sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sekitar Sungai Buloh menerima tajaan Tuisyen Rakyat yang berjumlah RM50,000.

Selain itu, 11 buah sekolah kebangsaan menerima bantuan sekolah yang berjumlah RM55,000 serta bantuan persekolahan kepada 500 orang pelajar sekolah yang berjumlah RM50,000 melalui Program Penyerahan Insentif Pendidikan YBR dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Sehingga September 2024, seramai 24,306 murid dan 226 buah sekolah telah menerima manfaat melalui bantuan sekolah & persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.94 juta yang melibatkan 65 lokasi.

Sementara itu, Ramanan berkata, bantuan tersebut diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik murid.

“Antaranya, melalui program-program pendidikan yang mampu meningkatkan prestasi Gred Purata Sekolah (GPS) serta pencapaian pelajar.

“Saya amat berterima kasih kerana YBR berterusan membantu pelajar-pelajar dan sekolah-sekolah di Sungai Buloh.

“secara tidak langsung dapat meringankan sedikit bebanan kewangan yang dialami terutamanya ketua keluarga dalam menyediakan kelengkapan pembelajaran kepada anak-anak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI