fbpx

15 lagi kanak-kanak diselamatkan dalam serbuan di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 15 premis termasuk sebuah kediaman milik individu disyaki terlibat dengan GISB diserbu di Melaka, pagi tadi.

ALOR GAJAH – Seramai enam individu ditahan, manakala 15 lagi kanak-kanak diselamatkan dalam serbuan kedua di premis dipercayai ada kaitan dengan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Masjid Tanah, di sini petang tadi.

Serbuan pada pukul 2 hingga 3 petang menerusi Op Global itu dijalankan di tiga buah premis termasuk dua buah rumah dipercayai milik ahli GISBH di Taman Ayer Molek Perdana, Masjid Tanah di sini.

Seramai tiga wanita dan seorang lelaki ditahan, manakala 15 kanak-kanak diselamatkan.

Serbuan turut dilakukan di sebuah kawasan limbungan kapal di Kampung Nelayan Kuala Linggi yang membawa kepada penahahan dua lelaki.

Secara keseluruhan seramai 11 individu ditahan dan 34 kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global yang dilaksanakan di Melaka hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan sebanyak 15 premis termasuk sebuah rumah ahli yang disyaki mempunyai kaitan GISBH diserbu pasukan kontinjen negeri ini, pagi tadi.

Seramai lima individu terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita ditahan, manakala 19 kanak-kanak turut ditemui dan diselamatkan dalam serbuan di sebuah kediaman di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

Serbuan turut dilakukan di rumah amal pertubuhan, kedai bakeri, retoran, kedai langsir, pasar mini, kilang memproses kuetiau dan pejabat pengurusan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI