fbpx

1,118 saudara baharu didaftarkan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emran (dua kanan) menyampaikan anugerah kecemerlangan mualaf kepada seorang penerima pada program itu sambil disaksikan Ahmad Shahir (kiri sekali).

KUALA LANGAT – Usaha berterusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyebarkan syiar Islam membuahkan hasil apabila mendaftarkan seramai 1,118 mualaf sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, pihaknya melaksanakan pelbagai program dan kempen berkaitan pendedahan agama Islam di seluruh Selangor.

Kata beliau, inisiatif itu termasuk berkaitan maklumat pendaftaran pengislaman secara menyeluruh, tepat dan boleh dijadikan panduan kepada golongan saudara baharu.

“Sepanjang tempoh 2003 hingga Ogos lalu, MAIS telah berjaya mendaftarkan seramai 2,879 mualaf di negeri ini. Daripada jumlah itu, seramai 1,118 muallaf didaftar dalam tempoh lapan bulan tahun ini termasuk melibatkan masyarakat Orang Asli,”katanya pada majlis pelancaran kempen Bulan Muallaf Negeri Selangor 2024 di Taman Desa Kemandol, Banting di sini, hari ini.

Program yang turut meliputi Karnival Orang Asli itu disempurnakan Timbalan Pengerusi MAIS, Datuk Emran Kadir.

Menurut Ahmad Shahir, pihaknya menyediakan 41 Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) berbanding 39 pusat sebelum ini bagi memudahkan proses pendaftaran pengislaman.

Selain itu, katanya, PPP membantu MAIS dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam proses penjagaan, perlindungan dan pengajaran kepada golongan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI