fbpx

[VIDEO] Motosikal ‘lesap’ dalam 5 saat akibat cuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kecurian motosikal di sebuah stesen minyak.

PETALING JAYA – Tular video daripada televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sebuah motosikal dilarikan di sebuah stesen minyak.

Menerusi perkongsian video di TikTok @fiezamia menunjukkan seorang lelaki melarikan sebuah motosikal dan kemudian cuba dihalang oleh pemiliknya tetapi gagal.

“Kita ingat kita susah, ada lagi susah, sahabat saya motosikal dilarikan pencuri ketika mengisi minyak di petrol pam Sungai Besi. Itu lah motosikal dia pergi kerja.

“Kepada Reza Skylift, bertabah lah. Insya-Allah, Allah beri yang lebih baik lagi,” tulisnya pada kapsyen video.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan kecuaian pemilik yang meninggalkan kunci pada motosikal tersebut.

“Yang mencuri dah tentu salah tapi yang tinggal kunci pun cuai. Semoga dipermudahkan urusan. Nasihat ini untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain,” komen Jauhar Muhammad Dawi

“Aku kalau isi minyak mesti kunci kenderaan, baru pergi bayar.. Tak kisah apa orang nak kata, janji harta aku selamat,” kata Wan Iskandar

“Pengajaran ya jangan tinggalkan kunci dekat motosikal atau kereta. Kunci motosikal dan ambil kunci bawa masa pergi bayar,” kata Hang Tuah. – KOSMO! ONLINE

@drizkey_entkita ingat kita susah, ada lagi susah, sahabat saya motor dilarikan pencuri ketika mengisi minyak dia patrol pam Sungai besi. itu la motor g kerja. kepada Reza Skylift, bertabah la. Insyaallah Allah beri yg lebih baik lagi♬ Langkah Seiringan_Exist – SekilasJiwang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI