fbpx

[VIDEO] Alif Teega ke mahkamah ditemani isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alif dan isterinya ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini.

KUALA LUMPUR – Pempengaruh popular Alif Teega hadir ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Alif atau nama sebenarnya, Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30, tiba pada pukul 9 pagi dengan ditemani isterinya yang juga seorang pempengaruh.

Difahamkan, pemuda tersebut berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Pada Julai lalu, pasangan suami isteri tersebut ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Turut direman ialah dua lagi lelaki disyaki terbabit dalam kes sama.

Perintah reman itu dibuat selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan mereka.

Pasangan itu membuat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar penahan reman itu yang dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bagaimanapun menolak permohonan semakan pasangan itu apabila mendapati Mahkamah Majistret Putrajaya mematuhi peruntukan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Sebelum ini, pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah seperti yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Pasangan suami isteri itu turut menegaskan dia dan suami tidak pernah menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI