fbpx

TM sahkan Unifi alami gangguan, dijangka pulih pukul 6 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Telekom Malaysia memaklumkan talian internet terutamanya melalui perkhidmatan Unifi sedang mengalami gangguan ekoran masalah kabel dasar laut.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Unifi berkata sehingga pukul 12 tengah hari tadi pihaknya sedang bertungkus lumus untik menyelesaikan masalah gangguan terbabit.

Jelasnya, talian internet dijangka akan pulih sepenuhnya kira-kira pukul 6 petang nanti.

“Pasukan kami sedang giat mengoptimumkan sambungan bagi meningkatkan rangkaian pelayaran internet. Dijangka talian internet akan pulih sepenuhnya kira-kira pukul 6 petang nanti,”tulisnya.

Terdahulu, tular di laman sosial apabila ramai pengguna Unifi mengadu berkenaan rangkaian internet yang perlahan sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, TM tampil memberitahu bahawa talian kabel dasar laut milik mereka sedang mengalami masalah sekali gus memberikan impak kepada penggunaan internet dan juga pelayaran web terutamanya melalui perkhidmatan Unifi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI