fbpx

SFZ Forest City bakal jadi hab Pejabat Keluarga di rantau Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIR HAMZAH (kanan) menyaksikan Tunku Mahkota Ismail meletakkan tapak tangan pada kiub digital pada Majlis Pengumuman Pakej Insentif Cukai Zon Kewangan Khas Forest City, di Hotel Marina Forest City, Gelang Patah, Johor hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di sini bakal menjadi lokasi pertama sekaligus hab kepada ‘Family Offices’ atau Pejabat Keluarga bagi pengurusan kewangan kekayaan dimiliki keluarga-keluarga khususnya di rantau ini.

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif dikenali sebagai Skim Pejabat Keluarga Tunggal itu akan diselaraskan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Menurut beliau, antara tarikan yang diberi melalui skim itu termasuklah sifar cukai terhadap keuntungan pelaburan yang diperoleh bagi tempoh beberapa tahun.

“Ketika ini dianggarkan terdapat 8,030 Pejabat Keluarga di seluruh dunia, dimana ia diunjurkan akan berkembang sebanyak 75 peratus kepada lebih 10,720 Pejabat Keluarga menjelang 2030.

“Jumlah anggaran aset di bawah pengurusan Pejabat Keluarga dijangka meningkat kepada RM22.6 trilion pada tahun 2030 berbanding RM12.9 trilion ketika ini. Skim ini dijangka akan bermula pada suku pertama tahun 2025

“Sektor ini kurang di Malaysia, jadi melalui SFZ Forest City kita mahu lonjakkan ia. Forest City adalah lokasi yang ideal kerana berhampiran dengan Singapura dan mempunyai infrastruktur lengkap bagi tujuan itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Pakej Insentif Cukai Zon Kewangan Khas Forest City di Hotel Marina, di sini hari ini.

Berkenan menyempurnakan majlis, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani dan Pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. (CGPV), Datuk Md. Othman Yusof.

Tambah Amir Hamzah, selain sifar cukai menerusi Skim Pejabat Keluarga Tunggal itu, kerajaan turut mengumumkan beberapa insentif SFZ Forest City yang selari dengan Kerangka Ekonomi Madani.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI