PETALING JAYA – Pengunjung yang hadir pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang bakal membawa pulang sebuah kereta jenis Perodua Axia.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hadiah tersebut akan diberikan kepada pengunjung yang ke-5 juta.
“Seperti yang dijanjikan, hadiah untuk pengunjung yang ke-5 juta telah sampai! Bang Mat (Mohamad) nak bagi hadiah Perodua Axia kepada pengunjung bertuah ke-5 juta yang mengunjungi MAHA 2024.
“Jom ramai-ramai datang ke MAHA 2024,” tulisnya.
MAHA 2024 bermula pada 11 September hingga Ahad ini bertemakan ‘Menuai Harapan Membina Masa Hadapan’ menyasarkan sebanyak tiga juta pengunjung sepanjang penganjuran program tersebut.-KOSMO! ONLINE