fbpx

Suami sesak nafas sebelum dijemput ajal di Bukit Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai perubatan memberi pertolongan cemas kepada penjawat awam yang sesak nafas sewaktu mendaki Bukit Besar, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang penjawat awam meninggal dunia akibat sesak nafas sewaktu mendaki Bukit Besar di sini hari ini.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an itu dikatakan sesak nafas secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri sewaktu mendaki bukit tersebut pada pukul 10.30 pagi.

Isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, suaminya beriadah di Bukit Besar dengan melalui laluan denai bersama anak perempuan mereka.

“Saya menerima panggilan daripada anak perempuan yang memaklumkan suami sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri.

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan suami telah meninggal dunia,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI