fbpx

Pencari madu parah diserang beruang matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Redzuan (kanan) dan Zulkifli menunjukkan gambar Amirul menahan kesakitan setelah diserang seekor beruang matahari di Hutan Paya Sungai Bari, Setiu hari ini.

SETIU – Seorang lelaki yang sedang mencari madu cedera parah diserang beruang matahari di Hutan Paya Sungai Bari berhampiran Kampung Bukit Putera, Chalok di sini semalam.

Dalam insiden pada pukul 2.30 petang itu, mangsa, Amirul Ismail, 27, cedera parah pada bahagian paha kanan serta kedua belah tangannya akibat serangan beruang matahari terbabit.

Abangnya, Mohd. Redzuan Ismail, 35, berkata, sebelum kejadian, dia dan Amirul berada di dalam kawasan hutan tersebut bersama abang ipar mereka. Zulkifli Abdul Rahman, 56, untuk mencari madu sejak Selasa lalu.

“Adik saya (Amirul) yang berlumuran darah tiba-tiba meluru ke arah saya untuk meminta pertolongan.

“Dia memberitahu diserang seekor beruang matahari yang tiba-tiba menerpanya setelah melompat dari sebatang pokok di dalam hutan terbabit,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Mak Som, Chalok di sini hari ini.

Mohd. Redzuan berkata, dia dan abang ipar, Zulkifli tidak menyedari kehadiran beruang matahari terbabit yang berada di atas sebatang pokok di dalam hutan itu.

Tambahnya, dia dan abang iparnya,, Zulkifli bergegas membawa adiknya, Amirul keluar dari hutan menggunakan bot bagi mendapatkan rawatan.

“Amirul terus dikejarkan ke Hospital Setiu di sini sebaik tiba di jeti. Dia kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Terengganu Loo Kean Seong yang dihubungi memberitahu masih belum menerima laporan berhubung serangan beruang matahari terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI