fbpx

Pelanggan ‘homestay’ kena intai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Percutian sebuah keluarga di Kelantan bertukar mimpi ngeri apabila mendakwa terdapat individu cuba merakam gambar salah seorang ahli keluarga mereka ketika menyewa sebuah inap desa baru-baru ini.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @nfwhda._, wanita itu mendakwa perbuatan keji tersebut dilakukan ketika dia sedang menggunakan tandas.

“Aku pergi tandas sebab nak buang air kecil dan mandi untuk segarkan badan. Masa masuk tandas itu, aku terdetik nak tengok tingkap tandas. Tiba-tiba aku tengok ada benda pelik dekat tingkap.

“Rupanya ada orang ambil gambar aku tengah buang air kecil. Aku pun menjerit lah, panggil mak aku. Menggigil lah time (masa) itu,” ujarnya.

Kemudian, wanita tersebut segera memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga yang lain.

Bercerita lanjut, wanita itu berkata, abangnya segera memanggil pemilik inap desa terbabit memandangkan mereka tinggal di rumah sebelah.

“Abang aku minta pemilik rumah keluar, sampai-sampai sahaja pemilik terus cakap ‘saya pun terkejut, tak pernah-pernah jadi macam ini’. Abang aku semak telefon bimbit dia, tapi dia pandai padam awal-awal takut ‘kantoi’.

“Aku pun apa lagi mintak tengok kamera belakang telefon dia (pemilik), aku dah cakap sama. Memang dia tak ada orang lain dah. Reaksi dia pun lain masa itu, nampak sangat takut,” katanya.

Sementara itu, wanita tersebut turut menitipkan pesanan kepada yang lain untuk berhati-hati setiap kali memasuki inap desa dan pastikan membuat pemeriksaan terlebih dahulu supaya tidak menjadi mangsa kepada individu tidak bertanggungjawab. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI