fbpx

Mayat lelaki ditemui sudah dimakan ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat seorang lelaki ketika ditemui terapung di perairan Teluk Bahang, 21 Ogos lalu.

BALIK PULAU – Polis sedang menjejaki waris kepada seorang lelaki yang mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dipercayai sudah dimakan ikan di perairan 8.9 Batu Nautika, Teluk Bahang di sini, 21 Ogos lalu.

Mayat lelaki itu dijumpai terapung dengan berpakaian kemeja-T lengan panjang berwarna kuning, terdapat tali pada badan serta pelampung.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, anggota di Balai Polis Teluk Bahang telah terima maklumat daripada Maritim Malaysia (APMM) berhubung penemuan mayat lelaki yang terapung kira-kira pukul 4.30 petang itu.

“Identiti dan anggaran umur simati tidak dapat dipastikan kerana keadaan mayat yang reput serta telah dimakan oleh ikan,” katanya di sini hari ini.

Justeru Kamarul memberitahu, mana- mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat boleh terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor. G. Gopinath ditalian: 019-5802057 atau Balai Polis Teluk Bahang: 04-8851433. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI