fbpx

Mangsa banjir menurun di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di beberapa kawasan di Tasek Gelugor yang terjejas banjir mula membersihkan kediaman mereka sejak semalam.

SEBERANG PERAI – Seramai 556 mangsa banjir daripada 152 buah keluarga dilaporkan masih ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di sini sehingga pukul 8 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jumlah itu menunjukkan berlakunya trend penurunan berbanding 582 mangsa yang dipindahkan sehingga pukul 5.21 petang semalam.

“Bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU) masih terdapat 421 mangsa daripada 109 keluarga masih berada di empat PPS yang dibuka di daerah tersebut.

“95 mangsa daripada 24 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) manakala 40 mangsa daripada 19 keluarga pula masih berada di sebuah PPS di Seberang Perai Selatan (SPS),” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, setakat ini empat daripada 11 buah PPS telah ditutup iaitu SK Penanti, Dewan Bukit Teh, SMK Permatang Rawa dan Dewan Sungai Bakap.

Setakat pukul 9 pagi ini, cuaca di kebanyakan tempat di negeri ini dilaporkan cerah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI