fbpx

Lelaki didakwa buat pernyataan palsu isteri pengarah syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Narendran (kanan) ketika hadir di Mahkamah Sesyen George Town, pagi tadi. - Foto oleh SAFINA RAMLI/KOSMO!

GEORGE TOWN – Seorang pemilik syarikat makanan dan minuman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat pernyataan palsu berkaitan peletakan jawatan isterinya sebagai pengarah syarikat pada 2019.

Pemilik syarikat itu, P. Narendran, 47, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Tertuduh didakwa membenarkan supaya dibuat pernyataan palsu berkenaan butir material dalam dokumen Section 58 Notification of Change in the Registers of Directors, Managers and Secretaries bertarikh 19 April 2019.

Pernyataan palsu itu berkaitan
satu dokumen yang dikehendaki di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) bagi syarikat NR Sweets Restaurant N Cafe Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran: 859972-V) yang mana pernyataan palsu tersebut adalah berkenaan peletakan jawatan V.Revathi, 44, sebagai pengarah syarikat NR Sweets Restaurant N Cafe Sdn. Bhd. sedangkan tertuduh mengetahui ia adalah palsu.

Kesalahan dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Menara SSM@Sentral di Kuala Lumpur pada 19 April 2019.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya.

Ketika prosiding, Pegawai Pendakwa SSM, Mohd. Iqbal Mohd. Yusof memohon jaminan RM30,000 terhadap tertuduh, namun peguam Dr. N. Ahilan memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya memberikan kerjasama yang baik.

Mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Oktober ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI