fbpx

Lapan PATI melepak Hentian Bas MBKT diberkas JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian warga asing yang diperiksa anggota penguat kuasa JIM di Hentian Bas MBKT, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Seramai lapan warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas pasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Ops Sapu dan Ops Kutip di sekitar bandar raya ini semalam.

Timbalan Pengarah JIM (Kawalan) Terengganu, Mat Amin Hassan berkata, kesemua PATI terbabit gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah sewaktu diperiksa.

“Mereka terdiri daripada tujuh individu warga Myanmar dan seorang lelaki warga Pakistan berusia antara 16 sehingga 42 tahun.

“Operasi selama sembilan jam tersebut memberi tumpuan terhadap tapak pembinaan dan premis perniagaan di sekitar bandar raya ini yang disyaki menggaji pekerja warga asing secara haram,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mat Amin berkata, seramai 47 warga asing telah diperiksa dalam operasi terbabit.

Jelas beliau, operasi berkala berkenaan dijalankan berikutan keresahan awam terhadap kebanjiran warga asing di bandar raya ini khususnya Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini.

“Kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Ajil, Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

“Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an juga ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki melindungi dan menggaji PATI,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI