fbpx

Kes ini siapa kata tutup..? – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra dengan orang ramai selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Darussalam, Puchong, Selangor hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

PUCHONG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kes seorang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) mendakwa dipukul oleh pegawai pengiring orang kenamaan (VVIP) tidak ditutup.

Anwar berkata, beliau meminta semua pihak memberi ruang secukupnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan sewajarnya mengikut lunas undang-undang sedia ada.

“Biarlah proses lakukan siasatan dan pihak polis mesti puas hati, Peguam Negara mesti puas hati dan ambil tindakan. Kes ini siapa kata tutup?

“Kadangkala proses ambil masa, tetapi (kes) ini memang menjadi perhatian. Saya secara peribadi mengambil tahu hal yang sedemikian sama ada kes melibatkan OKU atau bukan OKU,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau namun mengingatkan orang ramai supaya tidak cepat menghukum sebelum siasatan lengkap dan dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Saya tidak bersetuju satu hal. Prinsip negara ini negara hukum. Betul, tetapi jangan hukum berdasarkan khabar angin atau persepsi.

“Saya nak ingatkan kadangkala kita menghukum sebelum tahu siasatan dan siasatan yang akan dirujuk kepada Peguam Negara yang akhirnya akan memutuskan untuk didakwa atau tidak berdasarkan fakta,” katanya.

Kosmo! pada Jun lalu melaporkan seramai 12 individu dirakam keterangan berhubung kes pemandu e-hailing OKU mendakwa dipukul seorang juruiring kenamaan pada 28 Mei 2024.

Antara individu yang sudah dirakam keterangan adalah mangsa, Orang Yang Di Syaki (OYDS) iaitu juruiring terbabit, pekerja hotel lokasi kejadian berlaku, anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota juruiring Pemangku Sultan Johor, rakan pengadu, doktor dan pengarah operasi Grab.

Media melaporkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan dipercayai pemandu e-hailing terbabit didakwa diserang pengiring kepada rombongan kenamaan dalam kejadian di sebuah hotel di Brickfields. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI