fbpx

Jurulatih PSG ‘benci’ menang gol sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESILAPAN Gazzaniga (kiri) menjaringkan gol sendiri memberikan kemenangan buat PSG. - AFP

PARIS – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique langsung tidak gembira kerana terpaksa menunggu sehingga hujung permainan untuk menang 1-0 ke atas Girona pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Parc des Princes awal pagi semalam.

Juara Perancis itu bernasib baik apabila penjaga gol Girona, Paulo Gazzaniga yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan sebelum melakukan kesilapan mudah dengan menjaringkan gol sendiri pada minit ke-90.

Disebabkan itu, Enrique, 54, berang kerana anak-anak buahnya gagal melakukannya lebih awal biarpun melakukan 26 percubaan berbanding hanya tiga dimiliki wakil Sepanyol tersebut sepanjang 90 minit permainan.

“Kami terlalu unggul berbanding pihak lawan tetapi Girona mempermainkan kami dan memeningkan pemain. Saya berkata kepada pemain bahawa jika mereka tidak terus menekan, kami akan berdepan kesukaran di separuh masa kedua.

“Kami perlu menang tetapi ia begitu sukar. Saya beritahu kepada (jurulatih Girona) Michel bahawa perlawanan ini lebih perit daripada bersalin. Dengan penuh hormatnya, pujian kepada mereka,” kata Enrique.

Bagaimanapun, PSG terpaksa membayar harga mahal apabila Marco Asensio mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan pada awal separuh masa pertama.

“Marco (Asensio) bermain cukup baik musim ini. Ini adalah bola sepak profesional, kami masih ada skuad yang bagus untuk menggantikan tempatnya,” jelas Enrique.

Aksi UCL seterusnya bakal menyaksikan PSG bertandang ke Stadium Emirates menentang Arsenal pada 2 Oktober ini, manakala Girona menanti kunjungan jaguh Belanda, Feyenoord sehari kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI