fbpx

Isu saiz rumah ‘kotak kasut’, perunding hartanah bidas Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diana Danielle membatalkan hasrat membeli rumah sendiri kerana berpendapat harga hartanah di Malaysia sangat melampau.

PETALING JAYA – Lantang bersuara isu harga rumah, pelakon Diana Danielle dibidas seorang perunding hartanah yang menyangkal kenyataannya mengenai rumah Malaysia mahal walaupun bersaiz ‘kotak kasut’.

Individu dikenali sebagai Nur Fathya yang mengakui mengidolakan pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 33, memaklumkan harga rumah akan meningkat setiap tahun, bukan seperti dibimbangkan selebriti terbabit.

“Ini aktres idola saya tetapi kali ini selaku perunding hartanah, saya nak tambah sikit rumah besar kotak kasut, namun harga separuh juta pada tahun 2024.

“Boleh awak bayangkan lepas tahun 2030? Besar kotak tisu tapi harga dah juta? Kemungkinan besar boleh terjadi, sebab apa? Saya bagi contohlah.

“Dulu nilai RM50 besar kan. Boleh beli macam-macam tetapi sekarang RM50 boleh beli satu-dua benda saja,” katanya dalam Threads.

Kongsinya lagi, rumah adalah satu aset dan pelaburan jangka masa panjang yang tidak merugikan.

“Rumah keperluan asas, tak beli kena sewa. Jadi awak nak tunggu harga rumah macam mana dan berapa tahun lagi untuk beli?

“Emas dan rumah kedua-duanya adalah aset, berbeza dengan liabiliti. Aset beli hari ini, untung kemudian.

“Kalau liabiliti, contohnya kereta, beli hari ini tetapi esok nak jual harga dah jatuh. Makin lama makin tak ada nilai kereta tersebut tetapi rumah makin lama, makin naik nilai,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia yang tidak bersetuju dengan kenyataan isteri kepada pelakon Farid Kamil itu turut mengingatkan bahawa individu berpelajaran tak semestinya mahir dalam semua bidang.

“Maaf Diana Danielle, berpelajaran tidak semestinya awak pakar dalam sesuatu bidang.

“Saya tak setuju dengan kenyataan awak,” tuturnya lagi.

Sebelum ini, Diana melupakan hasrat untuk membeli kediaman sendiri buat masa ini selepas melihat harga rumah di Malaysia.

Dia juga bimbang terpaksa menanggung kerugian sekiranya mahu menjual semula aset tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI