fbpx

GISBH minta hentikan spekulasi ekoran pemimpin tertinggi ditahan reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Eksekutif GISBH (kiri) ketika dibawa bersama pengurusan tertinggi organisasi tersebut untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

PETALING JAYA – Syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penahanan reman Ketua Pegawai Eksekutifnya serta 18 individu yang lain dalam serbuan di ibu negara, semalam.

Kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, Shah Alam bermula semalam.

GISBH dalam kenyataan berkata, pihaknya akan sentiasa memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa dalam isu yang hangat diperkatan ketika ini berkait rumah amal kendalian mereka.

“Sebagai menghormati tugas yang dijalankan oleh pihak berkuasa dan demi keadilan undang-undang, diminta supaya semua pihak menunggu hasil siasatan untuk beberapa hari lagi.

“Justeru kami mohon kerjasama semua pihak dan doa supaya segala kekusutan dan kesulitan ini terlerai dengan segera serta keadilan semua pihak dapat ditegakkan,” kata GISBH.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu, serbuan kira-kira pukul 5.40 pagi semalam dilakukan Bahagian D8 (Operasi Khas) Bukit Aman, Pasukan Khas Siasatan Bersepadu (PKSB) dan Bahagian Siasatan Jenayah Terancang (D14) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Hasil serbuan serentak di empat kediaman berasingan telah berjaya menahan Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya serta 17 individu lain masing-masing berusia 25 hingga 65 tahun di Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Kumpur.

Menurut Razarudin, seramai 11 orang daripada keseluruhan tangkapan itu adalah individu yang berada dalam senarai sasaran pihak polis.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) (Pindaan) 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI