fbpx

Ghairah buat ‘live’ banjir, polis ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol (dua dari kanan) meninjau Pusat Kawalan Tempat Kejadian di PPS SK Bukit Hijau di Pokok Sena, hari ini.

POKOK SENA – “Jangan mengambil kesempatan di atas kesengsaraan orang lain”

Demikian tegas Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berhubung keghairahan sesetengah penduduk negeri ini yang sanggup berkunjung ke kawasan dilanda banjir semata-mata untuk membuat konten dalam media sosial masing-masing.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang didapati memasuki kawasan yang terjejas.

“Kalau mereka buat konten yang boleh membantu pihak penguat kuasa, contohnya menyalurkan maklumat berkaitan bencana banjir, itu tidak apa kerana ia akan membantu semua pihak. Tetapi, kalau mereka suka-suka buat video untuk naikkan ‘rating’, itu tidak boleh.

“Sekiranya polis mengesan ada pihak yang membuat siaran langsung di tempat yang bahaya, kita akan sekat dan ambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau di Pokok Sena, hari ini.

Beliau mengulas tentang tindakan segelintir pembuat konten media sosial yang sanggup pergi ke kawasan bencana banjir, hanya untuk membuat bahan bagi menaikkan jumlah tontonan atau rating akaun masing-masing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI