fbpx

F1: Ferrari mahu tebus di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC sekadar meraih keputusan naib juara di Baku dan Ferrari bersedia menebusnya di GP Singapura hujung minggu ini. - AFP

LONDON – Pasukan Ferrari membawa misi besar menjelang Grand Prix (GP) Singapura pada hujung minggu ini terutama untuk mencipta kemenangan bagi menebus kekecewaan mereka sewaktu perlumbaan di Azerbaijan minggu lalu.

Pada perlumbaan di GP Azerbaijan, Ferrari menampilkan aksi memberangsangkan, tetapi pemandu harapannya, Charles Leclerc terpaksa berpuas hati tempat kedua selepas dipintas pelumba McLaren, Oscar Piastri yang menjuarai perlumbaan tersebut.

Prinsipal pasukan Ferrari, Frederic Vasseur melihat prestasi pasukannya pada musim ini berada di landasan yang sebenar dan yakin litar jalanan di Marina Bay mampu membawa kemenangan buat mereka selepas munucl juara tahun lalu.

Pada musim lalu, Ferrari mencatatkan kemenangan sulung mereka apabila Carlos Sainz melakukan kejutan mengalahkan Red Bull di Singapura, sekali gus mematahkan dominasi Max Verstappen ketika itu.

“Jika prestasi kami di Baku (Azerbaijan) cemerlang kerana jenis litar, itu adalah berita baik kerana Singapura mempunyai selekoh yang serupa.

“Ketika ini, prestasi Ferrari berada dalam keadaan positif dan sepanjang hujung minggu lalu di Baku kedua-dua pelumba kami menampilkan aksi cukup baik terutama mengenai keadaan jentera yang beroperasi dengan cukup sempurna.

“Ini menunjukkan Ferrari berada satu langkah ke hadapan. Jadi, saya mahu hasil yang baik di Singapura, seperti yang kami capai tahun lalu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI