fbpx

EFL: Postecoglou lega strategi menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHNSON (kiri) muncul wira Spurs selepas meledak gol kemenangan pada masa kecederaan ketika menundukkan Coventry awal pagi semalam. - AFP

COVENTRY – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou mempertahankan keputusannya membuat lapan pertukaran dalam kesebelasan utama ketika mencatat kemenangan 2-1 ke atas Coventry City pada pusingan ketiga Piala Liga Inggeris.

Pada perlawanan tersebut, Destiny Udogie, Rodrigo Bentancur dan Dominic Solanke menjadi pemain tonggak yang berada dalam senarai menyaksikan mereka hampir menanggung padah sebelum dua pemain gantian, Djed Spence dan Brennan Johnson menyelamatkan maruah.

Perlawanan itu menyaksikan Spurs beraksi tujuh perlawanan dalam 21 hari menyebabkan Postecoglou tidak mempunyai pilihan kecuali memberikan para pemainnya minit permainan menerusi sistem penggiliran.

“Saya selalu melakukan perkara yang saya fikirkan betul. Apa yang saya putuskan kali ini adalah apa yang saya fikirkan terbaik dan dalam bola sepak tidak ada perkara yang boleh memberikan anda jaminan.

“Walaupun ada ketikanya keputusan itu tidak berakhir dengan baik, namun saya kekal mempertahankan apa yang telah diputuskan. Apa yang perlu anda tahu, saya tidak bersedia untuk membuatkan kedudukan saya selamat sehingga tidak mahu mengambil risiko.

“Kami perlu menurunkan pemain-pemain yang kurang mendapatkan minit kerana kami akan mula beraksi di pentas Eropah minggu depan. Minit permainan ini membolehkan semua pemain bersedia dan saya juga mempunyai pilihan yang lebih ramai,” katanya.

Beberapa perubahan yang dilakukan Postecoglou tidak mendapat sokongan para peminat yang kurang senang apabila para penyokong mengkritik beberapa keputusan yang dilakukan, namun kemenangan tersebut nyata memberikan kelegaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI