fbpx

Da’i Syed dilepas, mahkamah benar tangguh hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDAKWAH bebas, Da'i Syed.

SHAH ALAM – Selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, pendakwah selebriti, Da’i Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed selaku pemohon untuk menggantung pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya di didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi.

Sementara itu seorang lagi peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili pemohon ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata sesi pendengaran permohonan penggantungan pelaksanaan di bawah Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 September ini bagi sebutan kes rayuan itu di Mahkamah Tinggi.

Tambah beliau mahkamah turut membenarkan permohonan tersebut dengan beberapa syarat namun butiran syarat itu tidak boleh didedahkan secara terperinci.

Dalam prosiding hari ini, selain Abu Bakar dan Mohamed Baharudeen Da’i Syed turut diwakili peguam-peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Muhammad Amin Othman daripada firma Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Pada 30 Ogos lalu, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 29, sebagai tertuduh ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI