TOKYO – Seorang pesohor media sosial di Jepun mengundang perhatian orang ramai kerana sanggup menjalani lebih 20 pembedahan plastik untuk kelihatan cantik, lapor portal berita Bored Panda kelmarin.
Airi Hirase, 27, membelanjakan hampir 24 juta yen (RM702,000) untuk transformasi dramatik supaya dirinya kelihatan seperti anak patung.
Dia menjalani pembedahan plastik sebagai cara untuk mengatasi trauma yang dihadapinya sejak kecil.
“Saya kerap dihina oleh ibu sendiri dan dibuli oleh kanak-kanak lain kerana penampilan saya yang hodoh,” katanya.
Menurut Hirase, dia menjalani pembedahan kosmetik pertama pada usia 19 tahun.
Tambah wanita tersebut, dia telah menjalani pelbagai pembedahan kosmetik termasuk hidung dan payudara.
Gambar Hirase sebelum dan selepas yang dimuat naik di laman Instagram menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
“Sangat comel! Anda bekerja keras dan saya sangat hormati,” kaa seorang netizen.
“Ini berbeza dengan solekan atau diet! Pembedahan plastik menipu!” sindir netizen lain. – AGENSI