fbpx

Bumi dapat Bulan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BULAN penuh di Sydney, Australia, 19 Ogos lalu. - Foto AFP

WASHINGTON  – Pada hujung September sehingga November 2024,  Bumi akan mendapat Bulan yang kedua, demikian menurut satu kajian seperti dilaporkan akhbar The Guardian semalam.

Menurut kajian yang diterbitkan minggu ini, sebuah asteroid memiliki saiz sebuah bas akan mengorbit Bumi selepas ditarik oleh graviti planet tersebut.

Asteroid itu berukuran panjang 10 meter berbanding diameter Bulan sebenar yang mencecah 3,474 kilometer.

Ia dijangka mengorbit Bumi selama hampir dua bulan dari 29 September hingga 25 November depan.

“Objek yang akan melawat (Bumi) ini  ialah asteroid Arjuna yang merupakan batuan angkasa,” kata profesor sebuah universiti di Madrid, Carlos de la Fuente Marcos selaku  pengarang utama kajian itu.

Beliau menjelaskan, asteroid itu berada  agak dekat dengan Bumi pada jarak sekitar  4.5 juta kilometer.

Menurut pasukan penyelidik berkenaan, fenomena bulan mini itu pernah berlaku pada tahun 1981 dan 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI