fbpx

Banjir Kedah: Jumlah mangsa cecah 6,104 pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk di kawasan rumahnya yang digenangi banjir di Kampung Padang Luar, Jitra, semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Seramai 6,104 mangsa daripada 1,947 buah keluarga yang terjejas banjir ditempatkan di 38 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah di negeri ini sehingga pukul 9.48 pagi ini.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,425 orang, diikuti Kubang Pasu (1,540), Pokok Sena (932), Pendang (806), Kuala Muda (184), Bandar Baharu (137) dan Kulim (80).

Kesemua mangsa banjir terdiri daripada 2,184 lelaki dewasa, wanita (2,332), kanak-kanak lelaki (738), kanak-kanak permepuan (734), bayi lelaki (53) dan bayi perempuan (63).

Jumlah warga emas lelaki pula adalah seramai 503 orang, warga emas perempuan (622), orang kelainan upaya (OKU) lelaki (46) dan OKU perempuan (39). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI