fbpx

Banduan lari hospital selepas lolos tangan bergari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kalai Kumar.

SUNGAI BULOH – Seorang banduan yang melarikan diri dari Hospital Sungai Buloh, Rabu lalu dipercayai lolos dalam keadaan tangan bergari ketika menerima rawatan di katil.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu dihantar ke hospital tersebut kerana telinganya berdarah.

“Siasatan mendapati banduan itu dalam keadaan bergari pada katil, namun berjaya meloloskan tangan sebelum melarikan diri.

“Usaha mengesan lelaki itu sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta supaya menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau balai polis berhampiran.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang banduan yang mempunyai lapan rekod jenayah dan dadah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Kalai Kumar Anandan, 27, didapati tiada di katilnya dipercayai sudah melarikan diri.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI