fbpx

Bagaikan ‘water park’ dalam kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fenomena air pasang besar yang melanda pesisir pantai negeri Perlis bagaikan pesta air kepada gologan kanak-kanak di Kampung Warna Warni Seberang Ramai di sini.

KUALA PERLIS – Fenomena air pasang besar yang melanda pesisir pantai negeri Perlis bagaikan pesta air kepada golongan kanak-kanak di Kampung Warna Warni Seberang Ramai di sini.

Menurut seorang penduduk, Mohd. Khairi Abdul Aziz, 45, ramai kanak-kanak mengambil kesempatan fenomena itu untuk bermandi-manda dan bermain air di pekarangan rumah.

“Sebenarnya bagi kami penduduk kampung nelayan di sini, bermain air ketika air pasang besar bagaikan tradisi turun temurun sejak dari dahulu lagi.

“Kanak-kanak akan mengeluarkan pelampung untuk bermain air bersama rakan-rakan sebaya atau mendayung tong ikan di hadapan rumah mereka,” katanya di sini hari ini.

Fenomena air pasang besar yang berlaku pada waktu siang kali ini menyaksikan perkampungan nelayan yang terkenal sebagai pusat pelancongan itu berubah bagaikan taman tema air.

Tambah Mohd. Khairi, bagi golongan remaja, mereka akan bermandi-manda di sekitar kawasan tambatan bot yang lebih dalam dengan pelbagai aksi terjunan ke dalam laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI