fbpx

Anwar sertai Himpunan Keadilan di Stadium Axiata, Bukit Jalil malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster himpunan yang dikongsikan Anwar di Facebook beliau hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal hadir ke Himpunan Keadilan ‘Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ pada malam ini di Stadium Axiata, Bukit Jalil.

Himpunan yang dijadualkan bermula pada pukul 8 malam itu turut menjemput orang ramai untuk hadir bersama-sama sebagai tanda semangat Malaysia Madani.

“Insya-Allah, akan bersama malam ini di himpunan bersama anggota dan pendukung Keadilan,” tulis Anwar pada hantaran di Facebook sebentar tadi.

Sementara itu, himpunan tersebut bakal disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media utama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI