fbpx

Angel Dolla terharu sering dipertahan kelab peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Angel terharu dengan sokongan kelab peminat, iDolla rentetan isu melibatkan dirinya dengan Amir Ahnaf.

KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan Dolla melahirkan rasa terharu dengan sokongan kelab peminat iaitu iDolla sepanjang namanya terkait dengan kontroversi melibatkan pelakon Amir Ahnaf baru-baru ini.

Bukan sahaja lebih dihargai, Angel, 24, berkata sokongan tersebut tidak hanya kepada dirinyanya seorang sebaliknya untuk anggota kumpulan Dolla yang lain iaitu Sabronzo dan Tabby.

“Memang saya sangat terharu melihat sokongan iDolla dan menghargai semua usaha mereka.

“Sokongan itu sebenarnya bukan untuk saya seorang sahaja tetapi semua ahli lain juga.

“Antara kami juga turut memberi kata-kata semangat dan motivasi apabila salah seorang dihambat kontroversi agar tidak mudah hilang fokus,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang media majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36 di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Angel yang masih terus dikaitkan dengan Amir sekali lagi menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sebagai rakan sesama industri.

“Saya hanya akan cakap sama seperti kenyataan sebelum ini.

“Memang benar kami hanya berkawan dan tak pernah keluarga berdua bersama pun, sekadar rakan seindustri,” ujarnya.

Dikatakan ‘bersih’ daripada sebarang kontroversi, dia memberitahu sasaran Dolla sehingga hari ini ialah membawa jenama kumpulan tersebut ke peringkat lebih tinggi.

“Kami memang cuba (elak kontroversi). Fokus kami semua hanya satu iaitu mengembangkan lagi jenama Dolla di peringkat antarabangsa dan membawa nama Malaysia di mata dunia,” ujarnya.

Bulan lalu, kecoh dalam media sosial selepas tular foto mesra Amir dengan seorang wanita.

Susulan itu, netizen telah mengaitkan nama Angel apabila didakwa sedang berkawan rapat dengan Amir.

Hal itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat Angel yang bimbang sekiranya dia diserang dan dipersalahkan dalam isu terbabit. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI