fbpx

Alif Teega mengaku tidak salah guna wang infak lebih RM63,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alif Teega didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto oleh SHIDDIQIEN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pempengaruh popular Alif Teega didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM63,605 bagi tujuan infaq pada April dan Jun lalu.

Walau bagaimanapum Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30, mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Faham, saya mohon dibicara,” kata Alif.

Mengikut pertuduhan pertama, pemuda itu didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang RM36,047.35 bagi tujuan Infaq Iftar di Mekah, Syria, Palestin.

Untuk pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menyalahgunakan wang RM27,558.13 bagi tujuan JOM! SERTAI INFAQ DAGING QURBAN.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di CIMB Bank, KL Gateway, Jalan Kerinci, di sini pada 26 April dan 15 Jun lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun dan sebatan dan juga boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, manakala Alif diwakili peguam Mohd. Shahrullah Khan.

Mahkamah membenarkan Alif diikat jamin RM50,000 bagi dua pertuduhan tersebut berserta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah selain perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu pertama setiap bulan hingga kes selesai.

Tarikh 21 Oktober ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Pada Julai lalu, Alif dan isterinya yang juga pempengaruh popular direman selama empat hari berhubung kes salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Pasangan itu kemudian membuat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar penahan reman itu yang dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan semakan pasangan itu apabila mendapati Mahkamah Majistret Putrajaya telah mematuhi peruntukan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Sebelum ini pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial.

Pasangan suami isteri itu turut menegaskan mereka tidak pernah menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI