fbpx

Agong terima menghadap PM China, Li Qiang di Beijing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Li Qiang di Dewan Timur, Great Hall of the People di Beijing hari ini. Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri China, Li Qiang di Dewan Timur, Great Hall of the People di Beijing hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial rasmi Sultan Ibrahim, pertemuan tersebut bersempena lawatan negara Seri Paduka Baginda selama empat hari bermula semalam ke negara Tembok Besar itu.

Sultan Ibrahim mengadakan lawatan negara sulung ke China bermula semalam hingga 22 September ini, atas jemputan Presiden China, Xi Jinping. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI