fbpx

15 lokasi panas air pasang besar terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan air pasang di sekitar Terminal Jeti Pulau Ketam. - Foto AFIQ RAZALI / KOSMO!

KLANG – Fenomena air pasang besar yang memasuki hari kedua di daerah ini dalam keadaan terkawal dan tiada melibatkan pemindahan mangsa banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang, Amri Ismail berkata, perkara itu diperoleh menerusi hasil pemantauan pihaknya di 15 lokasi panas pagi tadi.

Jelas Pegawai Daerah Klang itu, hanya beberapa kawasan mengalami limpahan air antaranya di Kampung Tok Muda, Kapar dan sekitar Pelabuhan Klang.

“Namun, pemantauan agensi terlibat mendapati keadaan masih lagi terkawal dan tidak mengakibatkan banjir teruk.

“Setakat ini, tiada pemindahan mangsa dilakukan atau pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Klang ” katanya pada sesi taklimat Satu Tahun Pelaksanaan e-Tanah di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang di sini, hari ini.

Tambah Amri, pihaknya menerusi Bilik Operasi Bencana meneruskan pemantauan rapi air pasang besar yang diramal berlaku sehingga esok.

Ujarnya, Klang sentiasa berisiko tinggi kerana terletak di lokasi hujung Selangor dengan menerima kuantiti aliran air yang tinggi selain air pasang laut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI