KUALA SELANGOR – Seramai 100 penduduk sekitar Kampung Baru Lembah Pantai, Tanjong Karang di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Institut Pengurusan Peladang, Tanjong Karang akibat banjir semalam.
Ini sebagai langkah berjag-jaga selepas lokaliti itu dinaiki air lebih 0.3 meter akibat hujan lebat.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, berdasarkan rekod kesemua mangsa melibatkan 35 buah keluarga setakat pukul 11.40 malam tadi.
Katanya, mangsa PPS itu terdiri 69 dewasa, warga emas (21), kanak-kanak (16) dan dua bayi serta empat Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Setakat ini hanya satu operasi banjir dilaksanakan iaitu melibatkan daerah Kuala Selangor.
“Kita juga melakukan sebanyak 18 pemantauan harian di seluruh Selangor dengan kesemuanya
melibatkan 54 anggota termasuk pegawai dari sembilan buah balai bomba dan Penyelamat,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE