fbpx

[VIDEO] Tiga pembantu pengajar madrasah GISBH didakwa ‘sentuh’ budak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Nadzful Izham (kanan, baju putih), Muhammad Habib Noh Mohd. Zairi (tengah) dan Muhammad Khunnais Fathie Khabil (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini. - Foto oleh MOHD. SHAHHEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Tiga pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings (GISBH) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki di pusat jagaan itu sejak 2022 hingga 2023.

Tiga tertuduh, Muhammad Habib Noh Mohd. Zairi, 21, Muhammad Khunnais Fathie Khabil, 20 dan Ahmad Nadzful Izham Azizan, 22 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Habib didakwa atas lima pertuduhan iaitu merangsang mangsa secara seksual dan melakukan amang seksual terhadap mangsa.

Muhammad Khunais Fathie pula didakwa atas enam pertuduhan, seterusnya Ahmad Nadzful Izham tiga pertuduhan dengan melakukan amang seksual fizikal kepada mangsa.

Perbuatan itu dilakukan terhadap lima mangsa kanak-kanak lelaki berusia sembilan hingga 11 tahun ketika kejadian yang mana tiga daripada mereka mempunyai pertalian adik-beradik di sebuah madrasah di Kuala Pilah pada 2022 hingga 2023.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan, namun jika mahkamah membenarkan dia memohon jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan.

Keluarga tertuduh iaitu bapa dan abang mereka yang bertindak sebagai penjamin kemudian merayu kepada mahkamah supaya jaminan dikurangkan atas alasan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Malah, ada antara mereka memberitahu mahkamah bahawa tidak mengetahui terlibat terlibat dalam kes amang seksual sebaliknya tertuduh hanya melakukan kerja sebagai pembantu pengajar di madrasah itu.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis sekali sebulan, tidak menganggu mangsa, menyerahkan pasport kepada mahkanah serta boleh dihubungi bila-bila masa.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 30 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI