fbpx

[VIDEO] ‘Pening la Desa Rejang…rumah dalam rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan.

PETALING JAYA – Perkongsian seorang posmen ketika bertugas menghantar surat ke sebuah kawasan perumahan dipercayai di Persiaran Desa Rejang, Kuala Lumpur, menimbulkan ‘keresahan’ orang ramai.

Video 48 saat itu memaparkan posmen berkenaan menelusuri laluan sempit yang padat dengan perumahan menggunakan motosikal.

Menggunakan nama @farhan_fizani di TikTok, lelaki itu turut memaklumkan, ada netizen yang memintanya membuat video ketika dia sedang bertugas.

“Bukan saya tak nak buat. Bukan semua orang suka dan selesa apabila dirakam. Saya nak ambil gambar bukti penghantaran pun kadang-kadang pelanggan marah.

“Musim hujan litar basah. Hati-hati meluncur,” katanya pada kapsyen.

Rata-rata orang ramai berpendapat lelaki itu mempunyai kemahiran luar biasa berikutan mampu melalui jalan berkenaan yang sempit tanpa kesilapan.

“Santai kau ya redah perumahan Desa Rejang ni. Dulu kawan aku hantar piza boleh sesat. Dalam rumah ada lagi rumah, pening la,” ujar seorang pengguna.

“Saya balik kedai lalu kawasan situ konon potong jalan sekali entah alam mana saya masuk tak keluar smpai sudah,” kongsi @bonda umar.

“Berapa lama abang ni khatam Desa Rejang? Kalau bagi aku setahun tak habis duk hafal jalan ni,” soal @S|Z.

Sementara itu, ada juga penduduk setempat mengakui laluan berkenaan sememangnya amat sukar untuk dilalui.

“Kawasan rumah kita kat Desa Rejang. Kat sana memang susah nak masuk,” komen @Ros.

“Aku duduk Desa Rejang pun tak khatam lagi lorong Rejang,” kata seorang lagi penduduk. – KOSMO! ONLINE

@farhanfizaniPada video lepas ada orang dm saya…’’abg buat la video hantar barang dekat cust’’…bukan saya tak nak buat…bukan semua orang suka dan selesa apabila di rakam…saya nak ambil gambar bukti delivery pon kadang2 cust marah😅😅😅…musim hujan litarrrr basahhh…hati2 meluncurrr🤏

♬ Dan – bigboss

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI