fbpx

Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi Bandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas akibat insiden gempa bumi yang berlaku di Bandung, Indonesia semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau rapat keadaan semasa selepas berlakunya kejadian gempa bumi itu.

“Rakyat Malaysia berada di kawasan yang terjejas dan berdekatan dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati serta mengikuti perkembangan terkini dan nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah amat digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my,” katanya hari ini.

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Pada masa sama, katanya, Malaysia turut berdukacita dan bersimpati terhadap mangsa dan keluarga yang terkesan akibat bencana alam berkenaan.

Semalam, gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter yang melanda Kabupaten Bandung, Jawa Barat mengakibatkan kerosakan kepada beberapa kediaman dan kemudahan awam termasuk pusat kesihatan, tempat ibadat dan balai polis.

Gegaran pada pukul 9.41 pagi waktu tempatan itu berlangsung antara tiga hingga lima saat dan dirasai di beberapa kawasan termasuk Bandar Bandung.

Namun, menurut jurucakap Badan Mitigasi Bencana Nasional (BNPB) Indonesia, tiada laporan mengenai korban jiwa dilaporkan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI