fbpx

Teguran 11 kelemahan, imigresen ambil langkah reformasi kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAKARIA

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) meneliti 11 kelemahan utama agensi itu selain mengambil tindakan reformasi proses kerja dan penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung 11 kelemahan utama disenaraikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuka ruang kepada sindiket membawa masuk warga asing menggunakan
modus operandi ‘counter setting’.

“Imigresen komited untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain agensi terlibat berhubung tindakan lanjut susulan penahanan 49 pegawai imigresen berkaitan ‘counter setting’.

“Jabatan ini menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana
pegawai tanpa mengira pangkat atau kedudukan yang menyalahgunakan kuasa untuk
tujuan kepentingan peribadi yang melanggar undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, Imigresen juga tidak akan berkompromi dalam menjamin keselamatan pintu masuk negara sentiasa terpelihara.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan seorang pegawai kanan lelaki imigresen yang disifatkan ‘berpengaruh’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi dalang utama kepada sindiket membawa warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’.

Lelaki berusia awal 40-an itu merupakan salah seorang daripada 50 penguat kuasa JIM yang ditahan SPRM ekoran membawa masuk pekerja asing melalui kaunter tertentu tanpa melalui pemeriksaan ditetapkan.

Kesemua mereka ditahan menerusi Op Pump, Op Setting dan Open Pump 2.0 hasil risikan yang dijalankan Bahagian Perisikan
SPRM selama enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI