fbpx

Tanah perkuburan Islam terancang pertama di Kelantan beroperasi 1 Oktober 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnan (tengah) menunjukkan gambar Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Saadah, Rantau Panjang pada sidang akhbar di Balai Islam, Lundang dekat Kota Bharu hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Tanah perkuburan Islam terancang pertama di Kelantan iaitu Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Saadah yang terletak di Mukim Gual Tinggi, Rantau Panjang akan beroperasi pada 1 Oktober depan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Dr. Hasnan Ramli berkata, ia merupakan tanah perkuburan Islam terancang pertama di bawah seliaan Maik yang akan disusuli perkuburan kedua di Mukim Tanjung Chat, di sini selepas ini.

“Tanah perkuburan terancang itu akan beroperasi pada Ahad sehingga Khamis. Waktu operasi tanah perkuburan itu bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, namun ditutup atau cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

“Sekiranya ada keperluan untuk mengebumikan jenazah pada hari cuti, pihak Maik bersedia untuk menimbang permohonan daripada orang ramai,” katanya pada sidang akhbar di Balai Islam, Lundang di sini hari ini

Mengulas lanjut, Hasnan memberitahu, tanah perkuburan dengan keluasan 2.3 hektar itu mampu memuatkan sebanyak 4,552 lot kubur.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI