fbpx

Speedy Tigers akan bangkit pulih maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARHAN (kiri) percaya skuad hoki negara akan meningkat ke satu tahap yang lebih baik selepas ini. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

KUALA LUMPUR – Kapten skuad hoki kebangsaan, Muhammad Marhan Jalil menegaskan tanggungjawab membangkitkan kembali prestasi Speedy Tigers terletak pada seluruh pasukan dengan memberi jaminan benteng pertahanan akan lebih kenal di masa depan.

Marhan mengakui prestasi barisan pertahanan pada Trofi Juara-Juara Asia (ACT) baru-baru ini belum mencapai tahap yang diharapkan dengan kelemahan di bahagian tersebut menyebabkan pasukan mudah dibolosi pihak lawan.

“Kami sedar untuk membina pasukan yang mantap memerlukan masa. Saya percaya tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan diperlukan untuk meningkatkan prestasi kami dan mendapatkan keputusan yang lebih konsisten. 

“Dengan barisan pemain sedia ada, kami mempunyai potensi besar, namun masih banyak ruang untuk penambahbaikan,” katanya pada sidang media khas di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Tonggak pertahanan berusia 34 tahun itu menekankan usaha yang lebih gigih diperlukan dalam aspek fizikal dan taktikal di padang meskipun pasukan telah memberikan komitmen penuh sepanjang ACT, namun beberapa kelemahan fizikal menjadi faktor kekalahan mengejut di China.

“Sebagai kapten, saya bertanggungjawab membimbing pasukan terutama pemain-pemain muda agar mereka lebih fokus dan bekerja keras. Kami perlu mengukuhkan mentaliti kemenangan dalam setiap perlawanan. 

“Penting bagi kami menetapkan standard tinggi dan memastikan setiap pemain memahami peranan masing-masing dalam mencapai keputusan yang positif,” jelasnya.

Dalam masa sama, Marhan merasakan mereka telah memberikan 100 peratus komitmen pada kempen ACT tetapi mungkin kekurangan kecergasan fizikal menyebabkan mereka terpaksa menanggung kekalahan di China.

Tambahnya, komitmen dan disiplin yang lebih konsisten diperlukan bagi memastikan pasukan mencapai tahap terbaik dalam kejohanan akan datang selain menyuarakan keyakinan Speedy Tigers akan kembali memberi saingan di peringkat antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI