fbpx

Sahabat korporat TH salur RM4.8 juta kepada jemaah haji tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na’im bergambar bersama wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1445H/2024M di Tabung Haji Jalan Tun Razak. Foto oleh SADDAM YUSOFF

KUALA LUMPUR – Program Sahabat Korporat Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM4.8 juta untuk jemaah haji tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sumbangan wang tunai serta keperluan asas jemaah haji itu disumbang oleh 31 syarikat korporat dan swasta.

Beliau berkata, sumbangan berkenaan adalah bukti keprihatinan berterusan Sahabat Korporat TH.

“Ia sekali gus membantu memudahkan urusan jemaah haji Malaysia ketika berada di Makkah dan Madinah.

“Terima kasih juga kepada semua 57 agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung atau tidak,” katanya di Majlis Kesyukuran Sempena Tamat Operasi Haji Musim 1445 Hijrah di Menara TH, hari ini.

Dalam pada itu Mohd. Na’im berkata, beliau mengalu-alukan lebih banyak badan korporat tampil memberikan sokongan pada musim haji akan datang.

“Berkat sumbangan-sumbangan sebelum ini, kami doakan agar syarikat-syarikat ini terus berjaya.

“Diharapkan juga lebih banyak penyertaan pada musim-musim haji akan datang demi untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan para jemaah menunaikan ibadah haji,” ujarnya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI