fbpx

Rampas 11 kereta mewah bernilai RM2.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela (depan kiri) menunjukkan kereta mewah yang dirampas Kastam. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KLANG – Sebanyak 11 kereta mewah pelbagai jenama bernilai RM2.1 juta termasuk cukai dirampas di dua buah gudang di Pelabuhan Utara dan Barat baru-baru ini.

Rampasan ke atas kesemua kereta jenis Porshe Panamera, Suzuki Jimny dan Mercedes C300 dilakukan menerusi Ops Longkai 2024 pada Julai dan Ogos lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, kejayaan itu merupakan hasil intipan pihaknya sejak beberapa bulan lalu ke atas dua gudang berkenaan.

Katanya, pemeriksaan mendapati kesemua kenderaan itu tidak mempunyai lesen import daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Kesemua kenderaan itu diimport dari negara Eropah dan Asia untuk dijual di pasaran tempatan.

“Pemilik dua gudang itu mengakui mereka tidak mempunyai lesen berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, siasatan awal mendapati kenderaan tersebut dipercayai dibawa masuk ke negara ini sejak empat tahun lalu, namun tiada individu yang membelinya.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan sebelum kesemua kenderaan dilelong kepada orang awam. Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI