fbpx

Perhotelan, kejuruteraan marin jadi pilihan pelajar TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Noor Akyilah ketika majlis mendatangani MoU antara EIA bersama Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) dan Ombak International Academy (OIA) sambil disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

PETALING JAYA – Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terutamanya bagi jurusan perhotelan, logistik dan marin kini mendapat permintaan yang tinggi terutamanya bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ini kerana kata, Pengasas Eastern International Academy (EIA), Datuk Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin, bidang-bidang terbabit menawarkan gaji lumayan dan pasaran pekerjaannya yang meluas.

Sebagai contoh katanya, bagi kejuruteraan marin terutamanya berkaitan minyak dan gas, ada graduan mampu memperolehi gaji sehingga RM15,000 sebulan, manakala bagi sektor perhotelan pula gaji permulaan antara RM2,000 hingga RM3,000.

“Jadi tidak hairanlah kenapa bidang TVET ini menjadi antara pilihan utama pelajar SPM untuk mencari pendapatan lumayan selepas tamat belajar.

“Selain itu, pelajar yang mengikut pengajian di akademi EIA juga akan dibantu kerana kita banyak mendapat tajaan daripada syarikat korporat serta bantuan daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara EIA bersama Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) dan Ombak International Academy (OIA) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Wan Noor Akyilah berkata, menerusi MoU terbabit, EIA menyasarkan seramai 1,500 pelajar akan menyertai akademi itu bagi kemasukan pada Oktober nanti.

“Kami berharap MoU ini akan memperkukuh kedudukan industri pendidikan TVET di negara kita, setanding dengan pusat-pusat pendidikan vokasional antarabangsa.

“Kolaborasi ini adalah hasil daripada komitmen kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Timbalan Perdana Menteri, yang komited dalam meningkatkan taraf pendidikan TVET,”katanya.

Beliau menambah, EIA juga dalam perbincangan bersama KLTVET untuk menambah jurusan dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) dalam masa terdekat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI