fbpx

Pengarah syarikat duduk lokap SPRM lima hari kes suapan RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diiringi pegawai SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka untuk permohonan reman, hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Seorang pengarah syarikat yang juga perunding pembinaan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu kes suapan berjumlah RM3,000 bagi projek pembinaan sebuah kediaman satu tingkat.

Perintah reman sehingga 23 September ini dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisak Hassni terhadap suspek lelaki berusia 46 tahun itu.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9.15 pagi tadi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek ditahan pukul 6.30 petang semalam di sebuah kafe di Ayer Keroh di sini sewaktu meminta dan menerima wang tunai berjumlah RM3,000 daripada seorang kontraktor.

Menurut sumber, wang rasuah tersebut adalah bayaran daripada kontraktor yang telah dilantik sebagai dorongan melantik kontraktor tersebut untuk membina sebuah rumah kediaman satu tingkat jenis kekal.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI